analisisBERITA: Semakan sempadan kawasan undi tidak semestinya menyebelahi PAP: Dr Norshahril (2025)

SINGAPURA: Apabila semakan sempadan kawasan undi diumumkan pada Selasa (11 Mac), hanya sembilan daripada 33 kawasan undi kekal tidak berubah bagi pilihan raya umum akan datang.

Dalam reaksinya, parti pembangkang seperti Parti Pekerja (WP) misalnya menarik perhatian bahawa perubahan besar berlaku ke atas kawasan-kawasan yang WP sudah menjalankan kerja secara konsisten sejak beberapa tahun lalu.

Parti Kemajuan Singapura (PSP) mempersoalkan semakan yang dilakukan sebagai "drastik".

Parti Demokratik Singapura (SDP) turut menyuarakan "kekecewaan" berikutan pemansuhan dua Kawasan Undi Perseorangan iaitu SMC Yuhua dan SMC Bukit Batok, yang pernah ditandinginya.

Beberapa parti pembangkang lain yang lebih kecil juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sebahagian daripada perubahan tersebut.

KEWAJARAN, KEADILAN HASIL SEMAKAN EBRC DIPERKATAKAN

Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) memberikan penjelasan terperinci bahawa semakan ini sebahagian besarnya ekoran perubahan dan peningkatan jumlah penduduk, dan semakan sempadan dilakukan untuk mengimbangi jumlah pengundi bagi setiap kawasan undi.

Jelas, setelah sempadan dan kawasan undi baharu untuk pilihan raya akan datang didedahkan, antara persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak adalah isu kewajaran dan keadilan hasil semakan itu.

Menurut pakar politik Dr Norshahril Saat, ini sebenarnya proses biasa yang berlaku setiap pilihan raya.

"Kalau ada suara-suara yang mungkin menyuarakan kekhuatiran ataupun ketidakpuasan daripada sudut mengapa ia berlaku, saya fikir mungkin kerana skala ia berlaku ini lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya," kata Zamil Kanan ISEAS - Institut Yusof Ishak itu kepada BERITA Mediacorp.

PAP KENA TEMPIASNYA, BUKAN PEMBANGKANG SAHAJA

Namun proses ini, tambah Dr Norshahril, semestinya dijangkakan oleh setiap parti politik yang ingin bertanding.

"(Semakan sempadan) bukan hanya menjejas parti-parti pembangkang, tetapi juga menjejas kerja-kerja parti pemerintah iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat). Mereka mungkin sudah melakukan banyak kerja-kerja dalam kawasan undi masing-masing, dan kemudian, mereka harus bertukar kawasan undi, bertukar sempadan.

"Kita tahu bahawa di Singapura, mereka bekerjasama dalam satu kelompok GRC, maka dengan perubahan-perubahan ini, ia akan juga mengubah pasukan-pasukan yang akan bertanding. Jadi ia menjejas semua parti politik," hujah Dr Norshahril.

TIDAK BOLEH FIKIR KAWASAN UNDI TIDAK AKAN BERUBAH

Dalam pilihan raya akan datang, akan ada 97 kerusi kesemuanya, pertambahan empat berbanding sekarang.

Enam daripada 15 kawasan undi perseorangan adalah SMC baharu, iaitu Bukit Gombak, Jalan Kayu, Jurong Central, Queenstown, Sembawang West dan Tampines Changkat.

Daripada 18 GRC pula, lima adalah GRC baharu, iaitu Pasir Ris-Changi, Punggol, Jurong East-Bukit Batok, Marine Parade-Braddell Heights dan West Coast-Jurong West.

Menurut Dr Norshahril, isu sempadan bukan isu baharu dan parti-parti politik pembangkang tidak boleh mengandaikan mereka hanya akan bekerja di satu kawasan undi dan mengharapkan kawasan undi itu tidak akan berubah.

Jadi setiap parti politik, tambah beliau, perlu ada strateginya sendiri.

CONTOH DARI GRC SENGKANG

"Jika ada golongan yang mempertikaikan sama ada ada elemen politik yang mungkin akan memberikan kelebihan kepada Parti Tindakan Rakyat, saya tidak fikir bahawa ia berlaku," katanya.

Dr Norshahril memberi contoh Pilihan Raya Umum pada 2020, apabila GRC Sengkang - yang ketika itu baharu ditubuhkan dengan menyerapkan SMC Punggol East yang bertukar tangan dari WP kepada PAP pada 2015.

"Kalau kita lihat, SMC Punggol East ini sudah diubah dari segi sempadannya, dan sudah dimasukkan ke dalam satu GRC yang lebih besar, iaitu GRC baharu pada ketika itu, iaitu GRC Sengkang.

"Apa akibatnya? Akibatnya adalah GRC Sengkang dimenangi oleh Parti Pekerja. Jika ia (perubahan sempadan) memberikan kelebihan kepada Parti Tindakan Rakyat, ia tidak benar kerana Parti Tindakan Rakyat hilang empat anggota parlimen, termasuk Encik Amrin Amin," terang Dr Norshahril.

KAWASAN UNDI 'PANAS'

Semestinya antara yang menjadi persoalan ialah kawasan undi manakah yang akan menyaksikan pertarungan sengit dalam pilihan raya akan datang?

Hakikatnya, kawasan undi seperti GRC West Coast, GRC East Coast dan GRC Marine Parade, yang menyaksikan persaingan sengit dalam GE2020, akan menjalani perubahan besar.

Namun walaupun sempadan dilakar semula, Dr Norshahril percaya, isu penentu kalah menang sesebuah parti atau calon ialah apakah 'sentimen nasional' yang besar yang akan menjadi isu pilihan raya nanti.

'SENTIMEN NASIONAL' PENENTU KALAH MENANG

"Satu aspek dalam pilihan raya yang penting adalah sentimen nasional. Jika sentimen nasional itu berubah, ini akan menjadi satu tanda tanya, baik pada parti pembangkang ataupun parti pemerintah.

"Ini tidak bermakna bahawa PAP boleh menang dengan hanya persempadanan ini. Kalau kita lihat, mereka juga harus bekerja keras, mendekati para penduduk dan ke akar umbi, memperkenalkan calon-calon baharu, serta bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin akar umbi yang mungkin sebelum ini, mereka tidak mempunyai kerjasama secara langsung," katanya.

Jadi, itulah cabaran bagi semua parti politik kata beliau.

Iaitu corak pengundian dalam kalangan masyarakat sebenarnya berbeza-beza.

"Ada yang mungkin mengundi berdasarkan isu-isu nasional. Ada yang mungkin isu-isu perbandaran. Ada yang mungkin melihat aspek jantina. Ada yang mungkin melihat aspek kelas sosial."

Dalam hal ini, kawasan GRC Aljunied, yang walaupun kini boleh dianggap sebagai kubu kuat pembangkang khususnya WP, GRC itu masih tidak kebal kepada pola mengundi yang luas itu, kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/at

analisisBERITA: Semakan sempadan kawasan undi tidak semestinya menyebelahi PAP: Dr Norshahril (2025)

References

Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Jerrold Considine

Last Updated:

Views: 6575

Rating: 4.8 / 5 (58 voted)

Reviews: 81% of readers found this page helpful

Author information

Name: Jerrold Considine

Birthday: 1993-11-03

Address: Suite 447 3463 Marybelle Circles, New Marlin, AL 20765

Phone: +5816749283868

Job: Sales Executive

Hobby: Air sports, Sand art, Electronics, LARPing, Baseball, Book restoration, Puzzles

Introduction: My name is Jerrold Considine, I am a combative, cheerful, encouraging, happy, enthusiastic, funny, kind person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.